Welcome To Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Home for Orphange. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://rumah-budimulia.blogspot.com

kejayaan anak-anak

|

Salam. Sudah terlalu lama saya tidak memperbaharui blok budimulia ini. Sekarang penghuni yang menetap diasrama in seramai 45 orang. Terdiri dari 22 perempuan dan 23 lelaki. Syukur Alhamdulilah, 3 orang
dari mereka telah melanjutkan pelajaran ke universiti. Mereka ini pelajar lepasan spm tahun lepas.
Tahun ini seperti tahun yang lepas juga, ramai yang akan mengambil peperiksaan. Seperti biasa kami pihak pengurusan melengkapkan  mereka dengan menghantar kekelas tambahan dan latihan tubi disamping membuat solat hajat, memohon pada yang satu agar anak-anak ini diberi kejayaan yang cemerlang......insyallah
Selain itu kami juga bersyukur kepada Allah yang membuka hati-hati penderma yang menyumbang kepada kami selama ini. Dengan sumbangan mereka lah kami pihak asrama dapat membaiki pulih tempat tinggal anak-anak ini dengan lebih sempurna............ahamdullilah.
Kami juga bersyukur kepada Allah diatas kejayan anak yang tertua disini .....lepasan Politeknik telah mendapat pekerjaan. Semoga Alam pekerjaan akan mendewasakan dia.Sekarang masa dia untuk menabur bakti pada ibu, keluarga dan juga membimbing adik-adik di budimulia bila ada kelapangan.

|

|

Pada 15 hb Oktober ini rombongan dari  Sek Men.Tun Perak akan datang keteratak kami...kami warga Budimulia NurulHuda mengalu alukan kedatangan anda semua....

|

|

salam untuk semua..............maaf terlalu lama tidak memperbahrui blog budimulia.Sekarang penghuni disini seramai 47 orang...43 orang menetap sepenohnya disini dan 4 org lg tu ...seorang melanjutkan pelajaran di politeknik seberang Prai..seorang lg di MRSM balik pulau dlm tingkatan 5 dan ada yg pergi sekolah agama dan sek OKU . tahun ini seramai 19 org akan menduduki peperiksaan upsr, pmr dan spm. Hari selasa ni bermula le peperiksaan pmr...sama-sama le kita berdoa agar anak-anak ini akan berjaya nanti.
Sepanjang tahun ini anak-anak disini terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti. Seperti sebelumnya juga, anak-anak disini dihantar kekelas tambahan untuk membantu meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka. kami juga mengambil guru mathematik untuk mengajar pelajar sek men. pada setiap hari sabtu.
Sesekali mereka dibawa ke padang polo untuk beriadah dihujung minggu. dapat lah mereka bersukan serta merehatkan minda. Hujung minggu kami memenuhi jemputan-jemputan.Pada Hari Raya baru ni banyak jemputan yg diterima ...terima kasih atas jemputan anda semua...

Salam Aidil Fitri Daripada Warga Budimulia - Ceria bersama kami

|

|

http://budimulia.pixa.us/albums/

 

©2009 Budimulia | Template Blue by TNB