Welcome To Rumah Budi Mulia Nurul Huda. Home for Orphange. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" (Qur’an 93:9) http://rumah-budimulia.blogspot.com

Pengenalan

|




"They ask you, (O Muhammad), what they shall spend. Say: that which you spend for good (must go) to parents and near kindred and orphans and the needy and the wayfarer. And whatsoever good you do, lo! Allah is Aware of it." (Qur’an 2:215)


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya). (Al-Baqarah : 215)

Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Warga Miskin Chemor , mula ditubuhkan pada 27hb Jun 2006 dengan No. Pendaftaran : 0774-06-PRK.

Rumah ini terletak di alamat Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Malaysia.

Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda adalah merupakan salah sebuah pertubuhan kebajikan sukarela yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan dan keperluan asas anak-anak yatim dan warga miskin.

Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda adalah sebuah penempatan anak-anak yang kematian ibubapa,anak-anak miskin dan anak-anak yang ibubapa mereka bercerai. Rumah ini telah mula beroperasi pada 18 ogos 2005 dengan penghuni nya seramai 15 orang sahaja. Pentadbir Rumah Budimulia ini menyewa sebuah rumah di Kampung Tersusun Tanah Hitam.Dengan pekerja seramai 3 orang, anak-anak ini diasuh untuk menjalani kehidupan baru.Tidur tanpa katil dan selimut hanya berlapikkan toto.Walau pun didalam serba serbi kekurangan,diwajah anak-anak ini mencerminkan keceriaan.Inilah yang menguatkan semangat pihak pengerusan untuk berkerja kuat demi masa depan anak-anak malang ini. Dengan bantuan seorang hamba Allah,sebulan selepas dibuka penghuni Budimulia menerima kelengkapan katil, bantal dan sarung tilam.Begitu riang sekali diwajah mereka ketika menerimanya.

Bantuan kewangan mula diterima oleh pihak pengurusan. Sumbangan makanan dan bahan-bahan kering turut serta diterima.Pihak pentadbir telah menyewa sebuah lagi rumah berdekatan untuk penempatan penghuni perempuan,tempat makan dan dewan makan.Dengan bantuan sumbangan orang ramai,pihak bank dan orang perseorangan rumah Budimulia mula membuat perubahan. Bilik air dahulunya daif kini bertukar wajah. Tiada lagi perebutan tandas.Tempat berwuduk telah pun diluaskan.Keselesaan ditempat tidur mula dirasakan oleh setiap penghuni,tiada lagi tidur berhimpit, kesejukan bila hujan turun.Tiada lagi dewan makan yang bertakung air selut, berdinding zink dan dawai.

Kebersihan tempat tinggal mula terjamin dengan longkang yang teratur dan kemas.Ini semua atas jasa Encik Janjit Singh.Beliau juga telah bermurah hati memberi sumbangan untuk membuat bahagian hadapan asrama.Meja dan kerusi tersusun rapi untuk anak-anak disini mengulang kaji pelajaran. Belajar didalam suasana harmoni dan tenang. Semua penghuni merasa gembira dengan setiap perubahan ini.Tiada kata yang boleh dizahirkan untuk menggambarkan rasa hati hanya titipan terima kasih yang tiada terhingga untuk semua para penyumbang,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kami juga bersyukur kepada yang Esa kerana menggerakkan hati sepasang suami isteri membeli dan mewakafkan salah sebuah rumah yang ada kepada Budimulia.

Kami juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan kewangan untuk pelajaran dan tenaga pengajar yang bertungkuslumus mengajar anak-anak disini.Semoga kejayaan menanti mereka. Kejayaan anak sulung Budimulia yang berjaya menyambung pelajaran di Kolej universiti Islam Antarabangsa, Bangi dapat memberi perangsang kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

SETIAP SUMBANGAN ANDA SEMUA AMAT KAMI HARGAI.........

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 Budimulia | Template Blue by TNB