Search

Kenderaan Asrama Budi Mulia Nurul Huda

Terlebih dahulu, kami warga kerja Budi Mulia Nurul Huda memohon maaf kerana sudah lama tidak memperbaharui blog ini.

Untuk pengetahuan anda semua, pihak kami sekarang hanya mempunyai van lama jenis Nissan Vannette agak kecil serta sudah dimamah usia (sumbangan dari KUB PERNIDA BHD) yang mana tidak mencukupi untuk menampung bilangan anak-anak kami yang seramai 46 orang. Keadaan ini agak menyulitkan pihak kami apabila anak-anak kami ingin keluar ke mana-mana. Kami perlu menyewa bas atau menaiki van yang terpaksa berulang alik sebanyak 2 kali untuk membawa anak-anak kami ke suatu tempat atau majlis.

Oleh sebab itu, pihak kami telah menempah sebuah Bas Sekolah Berhawa Mini Berhawa Dingin 30 tempat duduk dengan harga RM203,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Tiga Ribu Sahaja). Setakat ini, kami telah membuat bayaran Deposit sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja).

Pihak Sin Hock Leong Coach Works Sdn Bhd telah memaklumkan melalui surat SHLC-NCS / PKAYM-BS / IP03 / A2009 bertarikh 16 Jun 2009 telah memaklumkan bas yang ditempah telah siap sepenuhnya dan menunggu untuk Pemeriksaan PUSPAKOM dan Pendaftarn di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) pada bila-bila masa sahaja. Hanya menunggu pembayaran baki terakhir yang perlu dijelaskan.

Dengan itu, pihak Sin Hock Leong Coach Works amat berharap jika pihak kami dapat melangsaikan baki bayaran terakhir sebanyak RM153,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Tiga Ribu sahaja), sebelum pihak mereka menyerahkan bas tersebut untuk Pemeriksaan PUSPAKOM bagi pemeriksaan / kelulusan seterusnya di daftarkan dengan JPJ.

Jika anda semua ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dihulurkan melalui cek / wang pos atas nama "PERTUBUHAN ANAK YATIM/MISKIN CHEMOR" atau dimasukkan terus ke no akaun 0813000008212 CIMB atau no akaun 508430104146 Maybank.

Dibawah ini, kami sertakan gambar-gambar bas mini yang telah kami tempah.

0 comments:

Activism Blogs - BlogCatalog Blog Directory Show all blogs